Thursday, 23 June 2011

Kelas Masakan

Puding Buih Lapis
20 gm agar-agar
3 cawan  air
1 cawan gula
1/2 cawan susu manis
1 cawan susu segar
6 biji putih telur - pukul hingga putih dan keras - biarkan
4 biji kuning telur - pukul sebati
1 sudu tepung jagung dibancuh dengan setengah cawan air
Pewarna makanan - merah jambu,hijau dan kuning
1 sudu teh esen Vanila
1 sudu teh esen rose
1 tin Fruit cochtail

Kuah Puding

1 tin susu cair
2 sudu gula
1 tin air
1 sudu teh esen vanila

Caranya : Masaklah sehingga mendidih

Cara-cara membuatnya:

Masak agar-agar hingga larut. Campurkan gula.Apabila mendidih tapis. Masukkan semula ke dalam periuk. Campurkan dengan tepung jagung yang telah dibancuh,  diikuti dengan susu manis dan susu segar. Apabila mendidih sekali lagi masukkan esen rose dan esen vanila. Tutup api. Masukkan kuning telur yang telah dipukul, diikuti dengan putih telur.  Kacau dan sebatikan dengan segera.  Bahagikan adunan kepada 4 bahagian dan warnakan. Satu bahagian dibiarkan putih.

Tuang satu cawan adunan bagi selapis puding ke dalam talam yang telah disejukkan dalam peti sejuk anggaran 10 minit bagi mempercepatkan lapisan puding beku.Ulang sehingga habis, mengikut lapisan yang disukai. Setiap lapisan hendaklah disejukkan dalam peti sejuk anggaran 3 minit .

Akhir sekali bekukan selama setengah jam. Potong mengikut bentuk yang digemari,tuangkan kuah diatasnya dan 3 sudu fruit cochtail dan hidangkan kepada keluarga yang tersayang.

No comments:

Post a Comment